Thursday 8 October 2015

IQRA'

IQRA'
Pengkajian sejarah merupakan satu peluang untuk kita menilai salasilah ilmu yang telah diturunkan turun temurun kepada kita. Segala dokumentasi ilmu dan maklumat pelbagai tragedi umat, kegemilangan tamadun manusia direkodkan sepanjang perjalanan kisah-kisah terdahulu dinilai kembali.
Kebenaran dan kesahihannya HANYA ditapis berteraskan ilmu al-quran dan sunnah.
Terlalu banyak kerosakan ummat terdahulu diambil kisahnya supaya menjadi satu pelajaran bagaimana kerakusan nafsu manusia menjadi asbab kehancuran mereka. Sembahan UZZA (Harta), LATTA (Takhta) dan MANNA (Wanita) 3-TA yang disebutkan dalam al-quran itu berzaman menjadi senjata untuk melemahkan akal manusia.
Semuanya diulang rakam oleh sejarah melalui zaman berbeza. Sejarah manusia dari nabi Adam sehinggalah kepada kita yang mewarisi bumi ini dengan amanah sebagai khalifah.
Pengganti dan pengurus tadbir seluruh alam.
Adakah kita masih SANGKA peranan kita di dunia ini hanya sebagai seorang Cikgu? Mekanik? Engineer? Doktor? Mat pet? Pelajara??
Kita masih ada tugasan dan tanggungjawab besar yang akan DIPERSOALKAN amanahnya apabila kita meninggalkan dunia ini. Sudah ada jawapankah untuk setiap amanah tu?
UNTUNG ATAU RUGI?
Beruntungnya kita. Al-quran masih utuh resamnya. Kekal sebagaimana ia diturunkan dahulu. Kekal menjadikan satu-satunya kitab dari langit yang masih terpilhara.
Tapi malangnya kita. Resam itu kekal menjadi HANYA TULISAN. Resam itu hanyalah untuk urusan rasmi di majlis agama dan khusus. Bacaan doa, tahlil dan yassin. Sekadar pembuka majlis dan penyedap telinga tetamu.
Segala kisah-kisah pelajarannya terkubur kerana kelalaian kita mengorek segala jenis ilmu panduan untuk diterjemahkan ke dalam praktikal kehidupan.
Kita BUTA HURUF membaca mesej Allah. Mungkin benar kita pandai mengaji dengan berbagai lagu dan nada. Mahir tajwid dan qiraat.
Kalau sudah namanya pun mengaji - APA YANG KITA KENA KAJI?? Pasti ada maksud tersirat disebalik ayat-ayat Allah itu yang WAJIB kita fahami.
Ramai di antara kita yang mampu membaca al-fatihah, tetapi adakah kita mampu menyampaikanmesej Allah?
Kaji al-quran kita akan mengkaji sejarah penciptaan manusia. Kita akan jumpa siapa kita. "Sejarah" kita.
Kaji sunnah kita akan jumpa sejarah penciptaan tamadun manusia. Dengan sistem dan aturan Allah.
RUGI kalau kita masih sama. Hanya seorang manusia yang hidup tanpa matlamat agama. Macam mana kita nak tamatkan kisah hidup kita??
Sebagai orang biasa.. atau sehebat kisah para nabi dan sahabat. 
grin emoticon
SHAUQI
Ada beza tilawah dan iqra'. Kaji dengan ilmu bukan dengan ikutan.
“Maka apakah patut kamu menganggap Al Latta dan Al Uzza. dan Manat yang ketiga, yang paling terkemudian? Apakah untuk kamu laki-laki dan untuk Allah perempuan? Yang demikian itu tentulah suatu pembagian yang tidak adil. Itu tidak lain hanyalah nama-nama yang kamu dan bapak-bapak kamu mengada-adakannya; Allah tidak menurunkan suatu keterangan pun untuknya. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti sangkaan-sangkaan, dan apa yang diingini oleh hawa nafsu mereka, dan sesungguhnya telah datang petunjuk kepada mereka dari Tuhan mereka”
(QS. An Najm: 19-23)

hasil nukilan ustaz shauqi - RPWP

No comments:

Post a Comment