Thursday 17 September 2015

DI MANA MAHALNYA WERDA?

DI MANA MAHALNYA WERDA?

Tudung WERDA direkacipta, dikeluarkan dan dipasarkan dengan BASMALAH, berteraskan semangat UBUDIYAH. Nilainya tidak terletak hanya pada harga, tetapi lebih kepada semangat dan jiwa luhur semua insan yang terlibat, hanya untuk melihat Islam kembali fitrah melalui pemakaian Muslimahnya.
Dengan WERDA, dari sekecil-kecil anak hinggalah wanita dewasa yang berbagai rupa bentuk badan dan usia akan dapat menikmati keselesaannya. Dari yang kurus hingga yang berisi, yang muka bulat mahupun yang bujur, bahkan wanita yang hamil juga. Itu dapat dilihat dari gambar-gambar yang diperagakan. Tidak ramai yang perasan bahawa ada peragawati yang sedang hamil lebih 7 bulan pun.



Mahalnya WERDA ialah pada kepuasan kami dalam memberi peluang para Muslimah merasa bukan sahaja selesa memakai tudung labuh, malah berbangga dengan kualiti fabrik dan keunikan rekacipta serta ketelitian pembuatannya.
W E R D A adalah produk BERJENAMA. Kami daftarkan ia sebagai HARTA INTERLEK kami secara sah. Pengeluarannya juga sangat terhad kerana ianya tidak mampu dikeluarkan secara pukal oleh tukang jahit yang ‘biasa-biasa’.
Kami akan berbahagia jika pengguna merasa suka dan selesa. WERDA yang mampu memberikan keyakinan dalam penutupan aurat yang menepati syariat itu boleh dipakai dengan mudah dan cepat.
Yang paling utama sekali, pemakai WERDA lebih mudah dan selesa untuk terus mengerjakan solat. Tidak perlu menyorok-nyorok untuk menukar pakaian. Cukup beberapa saat untuk melepaskan pin di bahu sambil berjalan sahaja. Usai solat pula, kita hanya perlu beberapa saat untuk pinkan semula ke bahu dan ia kembali menjadi tudung yang anggun semula.



MENGAPA WERDA MAMPU DIJUAL MURAH?

Seperti yang kami nyatakan di atas, WERDA tidak dicipta kerana memburu harta atau kekayaan mana-mana individu. Ia diusahakan semata-mata atas dasar basmalah, berteraskan wakaf dan atas tujuan menyuburkan kesempurnaan syariah Islamiyah.
Pereka fesyen kami adalah lulusan cemerlang dengan CGPA 4.0 dan merupakan penerima Khas Anugerah Chancellor. Bukan sahaja pandai tetapi juga ‘cerdik’ dan ‘ikhlas’.
Ketua tukang jahit WERDA adalah seorang Muslimah yang berkemahiran dan berpengalaman. Beliau adalah bekas ketua tukang jahit Datuk Benard Chandran yang terkenal dengan disiplin dan ketelitiannya.
Juru gambar dan video, serta team penyunting gambar dan video yang terlibat dalam urusan pengiklanan dan promosi kami adalah dari kalangan jurugambar profesional bertaraf antarabangsa.
Semua khidmat pengaturan dan seliaan dari pakar-pakar tersebut adalah secara wakaf diri semuanya, tidak dibuat secara kontrak perniagaan yang berbayar.
Begitu juga segala kerja-kerja tangan dan perkongsian buah-buah fikiran sepanjang proses rekabentuk, pembuatan, promosi bahkan renovasi bilik pameran juga. Semua itu melibatkan seluruh jemaah murobbi, murobbiah dan anak-anak didik RPWP serta Akademi Insan Prihatin (AIP) dari kalangan asnaf dan anak yatim yang menumpahkan tenaga dan idea tanpa berkira-kira tentang ringgit dan sen untuk dirinya.
Kesemua insan-insan yang terlibat dalam pengeluaran dan pemasaran WERDA ini telah melakukannya atas dasar LILLAH BILLAH secara wakaf diri. Segala kerja lebih masa serta semangat tertinggi dalam menjaga kualiti tidak lagi mengira imbuhan pangkat mahupun harta. Yang kami inginkan hanyalah redha Allah terhadap jemaah pekerja dan para pengguna.
Tanpa semua komponen pengorbanan dan semangat jihad ini, tidak mungkin WERDA boleh ditawarkan dengan harga sedemikian rupa. Kami hanya berharap agar semua ini mampu memberikan peluang kepada seramai mungkin Muslimah biasa untuk turut memakainya tanpa mengurangkan darjat dan nilai WERDA untuk dipakai oleh orang kaya dan penggemar pakaian BERJENAMA.
Jika inipun masih tidak mampu membuatkan beberapa dari kalangan kita untuk bersyukur, maka kami tidak mampu membantu lebih dari itu. Kami hanya berharap agar golongan ini tidak menghambur kata-kata yang berbau fitnah dan hasad dengki.
Untuk golongan ini, anda masih boleh terus membeli tudung labuh dari kain biasa, tanpa ‘solat ready’ dan tanpa jenama di pasar-pasar malam. Anda juga masih boleh terus membawa telekung ke merata tempat untuk menyarungnya seperti biasa ketika ingin solat.

Makanan dan pakaian adalah keperluan asas yang sangat dititik beratkan dalam Islam, biar dalam apa keadaan sekalipun. Dengan kelembapan ekonomi dunia hari ini, kami berikrar untuk memastikan produk WERDA tidak sekali-kali akan membebankan pengguna. Pada masa yang sama, pemakai boleh merasa selesa dan berbangga, sedangkan tuntutan syariah tetap terpelihara.
Selain dari segala pengorbanan yang telah kami laburkan dalam pengeluaran WERDA hasil usaha Wakaf Enterprise kami ini, segala keuntungan dari penjualannya adalah untuk tabung pembangunan RPWP dan kompleks Akademi Insan Prihatin Lenggeng yang sedang kami bangunkan. Itulah ‘nilai sebenar’ dari apa yang anda bayar untuk “W E R D A”.
DOAKAN KAMI BERJAYA MENGANGKAT MARTABAT AGAMA INI MELALUI…
- W E R D A -

No comments:

Post a Comment